Tuesday, July 13, 2010

:: Lucky Draw Ramadhan ::

Sempena Ramadhan, blog Jualan Murah Murah mengadakan lucky draw..dan hadiahnya adalah buah kurma!menarik kan?hehehe..so kawan2, sape2 nk join..meh klik kat sini..

SAYA SUKA MAKAN BUAH KURMA
kerana ianya mempunyai banyakkk khasiat...Antara khasiat buah kurma ialah ;
1-Kaya dengan protein
2-Kaya dengan gula
3-Kaya dengan serat
4-Kaya dengan Vitamin A dan Viramin C
5-Kaya dengan zat mineral dan galian seperti Besi, Kalsium, Sodium dan Potasium.

Buah kurma atau dalam bahasa Arab nya dipanggil tamar tergolong dalam keluarga phoenix. Phoenix adalah sekumpulan jenis palm seperti kelapa sawit.Buahnya bertangkai seperti buah pinang.Kurma mengandungi pelbagai khasiat pemakanan yang tinggi seperti Kismis dan Aprikot kering.Umat Islam disunatkan untuk berbuka dengan kurma. Kepentingan buah kurma adalah berdasarkan hadith Nabi SAW yang bermaksud :

“Rumah yang tiada kurma seperti rumah yang tidak mempunyai makanan”. Kurma adalah antara makanan/buah yang paling disukai oleh Rasulullah SAW.

Adalah sangat digalakkan untuk kita makan buah kurma tanpa buang kulitnya. Ini kerana buah kurma kaya dengan serat.Serat ini melawaskan makanan dan dapat mencegah barah usus.Kandungan vitamin A dan C adalah paling tinggi semasa kurma di peringat Rotab dan Khalal.Manakala kandungan zat galian dalam kurma seperti Potasium adalah amat diperlukan oleh sistem saraf kita.Pendek kata, Buah Kurma adalah juadah berbuka puasa yang terbaik untuk kita.

Benarlah…dalam sunnah Nabi SAW itu terdapat banyak sekali hikmah dan manfaat sekiranya kita dapat mengamalkannya.

ok..kat sini saya akan ceritakan satu resipi buah kurma yang anda patut cuba iaitu Kurma Susu. Sangat berkhasiat...cubalah! :)

1-Masukkan beberapa ulas buah kurma yang telah dibuangkan biji nya dan segelas susu segar ke dalam blender
2-’Blender’ buah kurma dengan susu tersebut hingga sebati
3-Letakkan di dalam peti ais selama 1~2jam
4-Setelah betul-betul sejuk, barulah ‘air kurma susu’ itu diminum

Kurma juga bagus diberikan kepada baby atau anak-anak kecil. Cubitlah sedikit isi kurma dan suapkan ke dalam mulut baby anda. Ianya membantu pembesaran minda dan kecerdasan minda anak anda.

Ok..done!..meh kita check 1-1

1. jadi follower JMM dan mysara blog - done
2. buat entry dengan ayat SAYA SUKE MAKAN BUAH KURMA... - done
3. masukkan gamba kurma - done
4. link ke entry lucky draw ramadhan kat JMM - done
5. masukkan blog JMM dlm bloglist - done
6. tinggalkan link penyertaan kat komen JMM - done

siap! jom kawan2...tarikh tutup sehingga 31 Julai 2010 11.59 malam.. :)

3 comments:

Ya ALiya said...

salam...tq sudi join..

good luck..!

Ya ALiya said...

wah siap ada resipi untuk buah kurma lagi...tq...

.: Ain aka Ibu Qaisara.. :. said...

thanks alya..
haaa..resepi yg sangat berkhasiat tu!hope ade rezeki utk ibu.. :)